SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI


Search This Blog

Sunday 2 November 2014

MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2014

Alhamdulillah, syukur kepada tuhan penganjuran Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (MPSI) Peringkat Daerah Kota Belud pada 21 September 2014 di Perkarangan Bangunan Majlis Daerah Kota Belud.

Sambutan yang julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama Hospital Kota Belud dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud


Tema MPSI 2014 pada tahun ini ialah Penyusuan Susu Ibu: Satu Matlamat Kejayaan Sepanjang Hayat

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan lagi sambutan MPSI 2014 pada kali ini.

Antaranya seperti:

Pertandingan Buku Skrap
Pertandingan Suami Mithali
Pertandingan Poster
Kuiz Penyusuan Susu Ibu
Pertandingan Mewarna bagi Kanak-kanak
Pameran Kesihatan Ibu dan Anak
Pameran Penjagaan Pergigian Ibu dan Kanak-kanak
Kempen Derma Darah




Ucapan jutaan penghargaan kepada Datin Diana Wong yang bersama-sama menyokong penganjuran sambutan ini dan seterusnya merasmikan majlis sambutan MPSI 2014 Peringkat Daerah Kota Belud.

Kepada Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, terima kasih kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi kami sebagai pendorong pemberi semangat untuk penganjuran bersama ini.

Kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus siang dan malam mengerah tenaga dan memproses idea-idea bernas dari kotak minda masing-masing dan diterjemahkan dalam satu suasana sambutan majlis pelancaran yang gilang gemilang dan sempurna pada kali ini, jasa kalian kelas pertama tiada tandingan. Moga tuhan memberkati segala apa yang dicurahkan dan InsyaAllah syurga bagimu di sana nanti atas kerja-kerja amal bagi mempromosikan penyusuan susu ibu dikalangan masyarakat di daerah Kota Belud khasnya.

Semoga penganjuran ini dapat dilaksanakan setiap tahun sebagai salah satu langkah kita semua untuk memberi pendidikan, promosi dan melindungi penyusuan susu ibu.

Sekian, terima kasih.

No comments: