SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI


Search This Blog

Friday, 7 November 2014

Shin Ramyun Noodle Soup - Spicy Mushroom Flavor


Suka saya ingatkan kepada para pembaca blog ini yang mana mee segera ini sebungkus mempunya 2 hidangan dan bukan 1 hidangan seperti mee segera yang lain.

Oleh itu, sila makan separuh sahaja dari sebungkus ini ya.

2 orang kongsi 1 bungkus

Sharing is Caring

Jadinya, disebabkan sebungkus ada 2 hidangan maka dengan itu sila darab 2 jika anda makan sebungkus seorang.

Kalori : 500 kcal/bungkus
Fat: 16g/ bungkus
Sodium: 1740mg/ bungkus (pengidap hipertensi sila ambil perhatian)
Total Carbohydrate: 80g/ bungkus
Protein : 10g/ bungkus



HALAL

Tuesday, 4 November 2014

JAGA MAKAN, JAGA BADAN, ANDA SIHAT - SMKA TUN SAID, KOTA BELUD

Pada 28 Oktober 2014 lalu, satu ceramah makan secara sihat bagi remaja telah disampaikan kepada pelajar tingakan 1, 2 dan 3 Sek. Men. Keb. Agama Tun Said, Kota Belud.

Ceramah pemakanan diadakan di Dewan Mawaddah, SMKA Tun Said,Kota Belud bertajuk

Jaga Makan, Jaga Badan, Anda Sihat.

Alhamdulillah, pelajar dapat menerima baik atas ceramah yang diberikan.

Sebagai seorang bekas pelajar SMKA, saya amat berbangga dapat bersama-sama mencurah ilmu yang ada untuk disampaikan kepada para pelajar yang merupakan aset negara pemimpin dunia tidak lama lagi.






Semoga apa yang disampaikan dapat dipraktikkan.

Selamat Maju Jaya.

Sunday, 2 November 2014

MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2014

Alhamdulillah, syukur kepada tuhan penganjuran Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (MPSI) Peringkat Daerah Kota Belud pada 21 September 2014 di Perkarangan Bangunan Majlis Daerah Kota Belud.

Sambutan yang julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama Hospital Kota Belud dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud


Tema MPSI 2014 pada tahun ini ialah Penyusuan Susu Ibu: Satu Matlamat Kejayaan Sepanjang Hayat

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan lagi sambutan MPSI 2014 pada kali ini.

Antaranya seperti:

Pertandingan Buku Skrap
Pertandingan Suami Mithali
Pertandingan Poster
Kuiz Penyusuan Susu Ibu
Pertandingan Mewarna bagi Kanak-kanak
Pameran Kesihatan Ibu dan Anak
Pameran Penjagaan Pergigian Ibu dan Kanak-kanak
Kempen Derma Darah




Ucapan jutaan penghargaan kepada Datin Diana Wong yang bersama-sama menyokong penganjuran sambutan ini dan seterusnya merasmikan majlis sambutan MPSI 2014 Peringkat Daerah Kota Belud.

Kepada Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, terima kasih kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi kami sebagai pendorong pemberi semangat untuk penganjuran bersama ini.

Kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus siang dan malam mengerah tenaga dan memproses idea-idea bernas dari kotak minda masing-masing dan diterjemahkan dalam satu suasana sambutan majlis pelancaran yang gilang gemilang dan sempurna pada kali ini, jasa kalian kelas pertama tiada tandingan. Moga tuhan memberkati segala apa yang dicurahkan dan InsyaAllah syurga bagimu di sana nanti atas kerja-kerja amal bagi mempromosikan penyusuan susu ibu dikalangan masyarakat di daerah Kota Belud khasnya.

Semoga penganjuran ini dapat dilaksanakan setiap tahun sebagai salah satu langkah kita semua untuk memberi pendidikan, promosi dan melindungi penyusuan susu ibu.

Sekian, terima kasih.